Ramanan tekad bawa suara akar umbi

Ramanan tekad bawa suara akar umbi

Ramanan Ramakrishnan (berdiri, dua kiri) beramah mesra dengan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media anjuran IKMa, malam tadi. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri R. Ramanan berkata, keputusan beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR adalah untuk membawa suara akar umbi kepada pimpinan arus perdana.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR itu berkata, ia juga bagi membolehkan pihaknya menyalurkan apa-apa bantuan dan menangani isu yang mereka hadapi.

“Selain itu, pemilihan kali ini bukanlah pemilihan parti yang biasa kerana ia menentukan hala tuju parti yang ketika ini menerajui Kerajaan Madani.

“Kedua, saya mahu memperkukuhkan kedudukan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya beliau boleh melaksanakan tugas dengan lebih efektif dengan satu suara untuk rakyat,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di IKMa di sini hari ini.

Tambahnya, PKR adalah sebuah parti yang inklusif yang melibatkan pelbagai kaum dan ini menunjukkan semangat demokrasi.

“Siapa sahaja boleh bertanding asalkan kita mempunyai satu hala tuju yang betul dan keputusan yang diambil adalah untuk memperkukuhkn parti dan pimpinan parti,” ujarnya.

Persaingan untuk merebut empat kerusi Naib Presiden PKR semakin hangat, dengan enam pemimpin kini sah menyertai pertarungan dalam pemilihan kali ini.

Lima penyandang Naib Presiden telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Ahad lalu mengumumkan hasrat untuk menyertai pertandingan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya