Ramai wanita menderita kerana pembedahan kosmetik - Salina Saibi - Utusan Malaysia

Ramai wanita menderita kerana pembedahan kosmetik – Salina Saibi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Salina Saibi, 43, tidak akan sesekali melakukan kaedah bariatrik sebagai jalan pintas untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik.

Kata ibu dua cahaya mata ini, dia lebih percaya kepada kaedah semula jadi yang lebih selamat dan terjamin untuk menjaga kecantikan dan kesihatannya.

“Saya ini manusia yang takut makan suplemen, apatah lagi nak lakukan kaedah potong usus (bariatrik).

“Saya lebih percaya kepada kaedah semula jadi. Contoh, dalam menjual produk berasaskan Manjakani, saya juga mengamalkannya. Ia ibarat botoks semula jadi, baik untuk penjagaan badan.

“Selain itu saya selalu berpuasa. Jadi tak susah untuk saya kekalkan kelangsingan badan kerana puasa itu membantu. Bila kita biasa berpuasa, badan kita pun akan kekal langsing dan awet muda,” katanya.

Kata Salina lagi, rasa takut terhadap pembedahan kosmetik juga menebal selepas dia menyaksikan penderitaan yang ditanggung ramai wanita termasuk kawan-kawannya sendiri yang sebelum ini terjebak dengan kaedah berkenaan.

“Ramai kawan-kawan saya yang menyesal kerana pembedahan kosmetik. Saya nampak bagaimana mereka terlalu menginginkan semula wajah asal mereka. Dan ada antara mereka yang sekarang ini sedang berusaha untuk keluarkan apa yang mereka masukkan dalam wajah dan badan mereka.

“Dengan mata sendiri jugalah saya melihat wajah yang pelik kesan pembedahan kosmetik. Contoh saya pernah berjumpa seorang wanita di Beijing, China yang hidungnya mengerikan disebabkan kesan buruk melakukan pembedahan kosmetik.

“Nasihat saya, kepada mereka yang masih muda, lakukanlah kaedah tradisional kalau mahu cantik. Banyak herba yang boleh ‘botokskan’ muka anda. Sebelum ambil apa-apa keputusan, fikirkan dulu risiko tindakan itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya