Rakyat Malaysia jalan kaki ke Mekah cedera dirempuh jemaah

Rakyat Malaysia jalan kaki ke Mekah cedera dirempuh jemaah di Masjidilharam

SHAMSUL Azrin Man (kanan) menemani Muhamad Farhan Khalid yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital akibat tidak sedarkan diri selepas dirempuh jemaah lain ketika beribadah di di Masjidilharam di Mekah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Dua sahabat dari Kepala Batas, Pulau Pinang yang berjalan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah mengalami kecederaan dengan seorang daripadanya tidak sedarkan diri akibat dipijak jemaah lain ketika beribadah di Masjidilharam dalam kejadian semalam.

Shamsul Azrin Man, 43, berkata, sahabatnya, Muhammad Farhan Khadid, 34, atau dipanggil Acik tidak sedarkan diri akibat dirempuh jemaah lain yang berebut untuk mencium hajar aswad.

Menceritakan detik cemas itu, Shamsul Azrin berkata, sebelum itu mereka berdua beribadah dan berdoa di depan Kaabah dan selepas solat Isyak, mereka berjalan ke arah Kaabah untuk berdoa dan dirempuh jemaah lain sewaktu beredar dari kawasan hajar aswad.

“Semasa hendak beredar dari kawasan hajar aswad, ribuan jemaah menyerbu untuk mencium hajar aswad dan mereka merempuh kami, sehingga kami terpisah dan jatuh ke lantai.

“Ketika dirempuh, Acik tidak sedarkan diri, namun bersyukur kerana ketika kejadian ada seorang jemaah Arab datang membantu mengangkat Acik yang sedang dipijak dilantai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Muhammad Farhan yang me­ngalami kecederaan serius di bahagian lutut, kaki dan paha akibat rempuhan, kini dirawat hospital berdekatan Masjidilharam.

“Saya berharap Acik cepat sembuh untuk kami meneruskan umrah berikutan menurut perancangan, kami akan kembali ke Malaysia pada 30 Mac ini setelah menyelesaikan ibadah,” katanya.

Dua sahabat ini mula berjalan kaki ke Mekah pada 3 Februari lalu dari Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas di Pulau Pinang hingga ke Hatyai dan menaiki penerbangan ke Jeddah untuk ke Madinah dan ke Mekah bagi menunaikan umrah sepanjang Ramadan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN