Que Haidar babit kerja NGO, niaga sambal

Que Haidar babit kerja NGO, niaga sambal

QUE Haidar bergambar bersama tetamu yang hadir pada Program Memasak Bubur Lambuk Admal Aviation College di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Que Haidar mengambil peluang mempromosikan sambal keluarannya sepanjang Ramadan ini, selepas selesai penggambaran filem Job First Puasa, baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 22 jenis sambal dihasilkan bersama rakan kongsinya sejak tiga tahun lalu.

“Kilang kami terletak di Halal Hub Serkam Melaka dan sambutan amat menggalakkan dalam promosi di media sosial TikTok dan memasarkan menerusi platform e-dagang,” katanya kepada Ming­guan Malaysia sewaktu ditemui pada Program Memasak Bubur Lambuk Admal Aviation College, baru-baru ini.

Kata Que, selain berniaga, dia turut terlibat de­ngan pelbagai kerja amal bersama organisasi bukan kerajaan seperti KitaFund dan Gilang dari Indonesia yang mengumpul dana bantuan perubatan, pendidikan, kemanusaiaan dan haiwan.

“Inilah cara saya menyi­bukkan diri dengan terlibat bersama NGO sambil mempromosi sambal,” kongsinya.

Mengulas mengenai drama pendek sempena Aidilfitri beliau berkata, untuk tahun ini beliau terlibat dengan drama syarikat Proton dan Little Joe. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya