Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis capai sifar miskin tegar

Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis capai sifar miskin tegar

TUNKU NASHRUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis telah mencapai sifar miskin tegar sehingga 31 Disember tahun lalu.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal sebagai keutamaan tertinggi Perdana Menteri dalam perbincangan bersama pimpinan Kerajaan Negeri dan agensi.

Katanya, kejayaan sifar miskin tegar itu akan diperluaskan ke negeri lain.

“Sejak agenda ini diumumkan dalam Belanjawan 2023, beliau (Perdana Menteri) telah menggerakkan semua Setiausaha Politik ke negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja serta bantuan disalurkan secara tersusun kepada kumpulan miskin tegar. 

“Usaha ini merangkumi peningkatan pendapatan golongan sasar, menyediakan peluang pekerjaan, akses lebih baik kepada pendidikan, kesihatan, dan perumahan, serta memperbaiki taraf hidup dan kesejahteraan isi rumah miskin.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri memaklumkan bahawa sehingga 31 Disember tahun lalu, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis berjaya mencapai sifar miskin tegar, dan Insya-Allah kejayaan ini akan diperluas ke negeri-negeri lain,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan iltizam kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai hasrat tersebut antaranya melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Malah Anwar pada awal tahun ini menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Katanya, hal ini kerana kerajaan mahu melihat lebih ramai rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan dan menikmati kehidupan yang lebih baik, bermaruah serta sejahtera.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul berkata, bermula minggu depan, Perdana Menteri akan turun ke negeri-negeri bermula minggu depan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani.

Selain itu, beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama pimpinan utama Kerajaan Negeri serta agensi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya