PUSPAKOM Wangsa Maju beroperasi hingga Jun 2026 - Utusan Malaysia

PUSPAKOM Wangsa Maju beroperasi hingga Jun 2026

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian pengangkutan (MOT) bersetuju melanjutkan operasi Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) cawangan Wangsa Maju sehingga Jun tahun hadapan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat susulan pembinaan cawangan baharu PUSPAKOM yang masih belum siap sepenuhnya.

“Kerja-kerja pemindahan operasi di Bukit Beruntung sepatutnya dilaksanakan pada akhir Jun ini. 

“Namun, memandangkan ia masih dalam pembinaan, kita bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian PUSPAKOM Wangsa Maju di tapak ini hingga 30 Jun 2026 sehingga ia siap sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemeriksaan berkenaan, di sini hari ini.

Menurut Anthony Loke, usaha memindahkan pengoperasian PUSPAKOM Wangsa Maju telah lama dibincangkan memandangkan lokasinya berhampiran dengan beberapa buah sekolah.

“Hanya terdapat  satu lorong kecil menuju ke PUSPAKOM ini dan laluan itu turut digunakan oleh pelajar serta guru sekolah. 

“Saya menerima banyak aduan daripada mereka yang mengatakan kesesakan lalu lintas di kawasan ini menyukarkan perjalanan ke sekolah terutama pada waktu pagi berikutan kehadiran kenderaan berat untuk pemeriksaan,” katanya.

Beliau turut menjangkakan kesesakan di kawasan tersebut dapat dikurangkan menjelang awal tahun hadapan susulan beberapa syarikat baharu yang mendapat kelulusan untuk melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) akan mula beroperasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya