Puasa tapi tidak solat?

Puasa tapi tidak solat?

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Puasa tapi tidak solat?

Soalan
Apakah hukumnya mereka yang berpuasa tetapi tidak solat. Mohon penjelasan beserta dalil
Karim Astar
Arau

JAWAPAN
Hukum orang yang berpuasa tanpa menunaikan solat adalah sah puasanya dan ada ganjarannya. Cuma dia tetap berdosa besar kerana meninggalkan kefarduan yang paling tinggi dalam Islam. Maka mudah-mudahan dengan dia berpuasa dia akan insaf dan menunaikan solat

Ayah sakit , siapa bayar zakat fitrah?

Soalan
Ayah saya terlantar di hospital. Adik-beradik kami semua perempuan. Jadi, bagaimana kami bayar zakat fitrah nanti ?
Rahimah
Klang

JAWAPAN
Boleh sahaja wanita menunaikan zakat fitrah sekiranya mereka mampu untuk melaksanakan pembayaran zakat kerana bukan nilainya tinggi hanya dalam RM7.

Solat akhir waktu

Soalan
Dalam bulan puasa, saya selalu tidur waktu tengah hari. Adakalanya apabila terjaga sudah hampir hendak masuk waktu Asar. Ketika solat Zuhur satu rakaat, saya mendengar azan. Adakah sah solat saya atau saya kena qada?
Abdullah
Temerloh

JAWAPAN
Sekiranya sempat satu rakaat sempurna sebelum masuk waktu azan maka ia dianggap sebagai tunai bukan qada. Namun kuatkan semangat untuk solat awal waktu dan jangan malas.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya