PSAS edar 200 kotak makanan untuk golongan memerlukan - Utusan Malaysia

PSAS edar 200 kotak makanan untuk golongan memerlukan

Dr. Zulkifli Hasan (tengah) menyampaikan sumbangan Ramadan Box kepada penerima di PSAS, Behrang di Tanjung Malim. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Jawatankuasa Kerohanian, Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini mengedarkan 200 kotak makanan kepada golongan memerlukan di sekitar Tanjung Malim hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, program kemasyarakatan itu bermula dengan majlis berbuka puasa bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Chinggung pada tahun 2015 dan diteruskan pada penganjuran kali ke-10 tahun ini.

“Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Penerimanya ialah dari dalam dan luar PSAS iaitu pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pemandu dan pembantu operasi.

“Selain itu, penerima luar ialah Amanah Ikhtiar Malaysia, penduduk Felda Sungai Behrang, Rakan Prihatin Muallim, Slim Village Komuniti, KOPSAS dan tidak ketinggalan pelajar yang memerlukan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan Box di Dewan Kuliah Utama PSAS, Behrang di sini hari ini.

Setiap kotak makanan bernilai RM100 itu merangkumi sebotol minyak masak, biskut, gula, garam dan keperluan asas yang lain.

Yang turut hadir, Pengarah PSAS, Mohd. Zulkefli Ibrahim, Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Abdul Razak Sabtu dan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak, Ramdani Abd. Karim.

Kata Zulkifli, sumbangan itu membuktikan PSAS komited dalam usaha merapatkan hubungan dengan komuniti sekitar.

“Bukan hanya dari sudut pendidikan sahaja tetapi keagamaan agar komuniti sekitar dapat merasai keprihatinan warga PSAS yang sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat sekitar,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya