Proses bedah siasat mayat pegawai tribunal rayuan kastam bermula pagi ini

Proses bedah siasat mayat pegawai tribunal rayuan kastam bermula pagi ini

BILIK Forensik Hospital Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses bedah siasat mayat pegawai tribunal rayuan kastam yang ditemukan maut di pejabatnya pagi semalam baru sahaja bermula sekitar 10 pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi, sebentar tadi.

Rusdi berkata, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya (HPJ) dijangka selesai petang ini dan kes masih dalam siasatan berdasarkan klasifkasi kematian mengejut (SDR).

“Jika ada keterangan yang menunjukan ada perlakuan jenayah, kes akan diklasifikasikan semula,” katanya.

Tinjauan di Jabatan Forensik HPJ di sini sekitar pukul 11 pagi tadi mendapati, suasana lengang dan tiada kelibat waris atau rakan sekerja kelihatan.

Sementara itu, jurucakap hospital memaklumkan, isteri si mati bersama seorang lelaki dilihat muncul di Jabatan Forensik HPJ sekitar pukul 7 pagi tadi sebelum meninggalkan bangunan itu pukul 9.30 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga pegawai di Kementerian Kewangan (MoF) ditemukan maut dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dengan keadaan Ieher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel.

Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai SDR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya