Projek rakyat diteruskan, guna peruntukan ahli Parlimen atau tidak

Projek rakyat diteruskan guna peruntukan melalui ahli Parlimen atau tidak – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang projek untuk kepentingan rakyat tetap diteruskan sama ada peruntukan bagi tujuan itu disalurkan melalui ahli Parlimen atau tidak.

Perdana Menteri berkata, sebagai contoh program pembasmian kemiskinan tegar itu dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira kawasan tersebut di bawah ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang.

Ini kerana kata beliau, projek-projek seumpama itu adalah projek asas termasuk projek membaik pulih tandas sekolah yang sudah dilaksanakan sebelum ini.

“Soal peruntukan (ahli Parlimen pembangkang), saya tegaskan semula, sama ada melalui ahli parlimen atau tidak, projek rakyat diteruskan.
“Umpamanya pembasmian kemiskinan tegar itu menyeluruh tanpa mengira kawasan, itu juga projek-projek asas seperti beberapa tahun lalu kita baiki tandas sekolah, kita tak tanya sekolah mana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Ihya’ Ramadan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

Anwar berkata, setiap ahli Parlimen memperoleh pendapatan keseluruhan mencecah antara RM30,000 hingga RM40,000 sebulan termasuk jumlah elaun yang diterima.

Dalam hal ini, beliau menempelak sikap ahli Parlimen pembangkang yang memberi gambaran seolah-olah pendapatan mereka tidak mencukupi kerana tidak mendapat peruntukan sewajarnya sebagai ahli Parlimen.

“Semalam saya beri penjelasan tentang elaun ahli Parlimen, sebab ramai ahli Parlimen pembangkang menceritakan betapa susahnya hidup mereka kerana tak dapat peruntukan, jadi saya jelaskan dua perkara.

“Pertama, pendapatan mereka keseluruhannya itu diantara RM30,000, memang mencecah lebih dari RM40,000 sebulan. Elaun tetap sekitar RM25,700, kemudian elaun sidang (sidang Parlimen), elaun mesyuarat Jawatankuasa Parlimen, elaun perjalanan.

“Jadi keseluruhannya lebih daripada RM30,000 dan saya ingat RM40,000. Ada yang lebih sikit kalau dia duduk jauh. Tetapi yang saya nak tekankan, janganlah bagi gambaran seolah-olah terlalu sukar kerana ramai rakyat lain tak ada elaun perjalanan,” katanya.

Semalam, Anwar Ibrahim meminta Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya hadir dan duduk di meja rundingan berhubung syarat memorandum persefahaman (MoU) peruntukan untuk pembangkang.

Katanya, tidak ada gunanya mengkritik bahawa syarat MoU terlalu ketat dan tidak adil jika tidak mahu duduk berunding dan ruang perbincangan antara pembangkang dan kerajaan sentiasa terbuka.

Tambah Anwar, pembangkang sengaja mempermainkan isu berkenaan untuk menarik perhatian sehingga mengatakan mereka terpaksa berhutang, sedangkan pendapatan dan elaun setiap ahli Parlimen menjangkau sehingga RM40,000 sebulan.

Sebelum ini, Muhyiddin menjelaskan PN menolak MoU tersebut sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil seolah-olah perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya