Program buka puasa besar-besaran di SSI pada 11 Mac

Program buka puasa besar-besaran di SSI pada 11 Mac

MOHD. HAIRI MAD SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Peminat bola sepak tempatan dijemput memeriahkan majlis berbuka puasa besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada 11 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, program itu diadakan bagi meraikan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) dan perlawanan timbal balik skuad Harimau Selatan itu menentang Buriram United.

“Pada program itu, akan sediakan juadah berbuka puasa mencukupi untuk 20,000 pengunjung yang terdiri daripada penyokong tegar JDT. Sebanyak 70 periuk besar bubur lambuk, pelbagai makanan lain turut disediakan.

“Oleh itu, saya mengajak warga Johor untuk beramai-ramai memenuhkan Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Mac ini,” katanya .

Beliau berkata demikian selepas melawat Bazar Ramadani Angsana Johor Bahru Mall, di sini.

Pada perlawanan pertama di Chang Arena, Thailand pada 3 Mac lalu, JDT dan Buriram United terikat tanpa jaringan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya