PETALING JAYA: Pendedahan video berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan wakil rakyat di Sabah berpotensi mencetuskan krisis legitimasi politik dan moral menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 kelak. Penganalisis politik, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berkata, walaupun isu tempatan seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan infrastruktur sering menjadi tumpuan dalam pilihan raya, PRN Sabah kali ini dijangka turut dibayangi oleh skandal rasuah. Menurutnya, pemimpin Sabah perlu segera menangani isu berkenaan bagi mengelakkan krisis yang lebih besar. “Isu rasuah dan moral akan menjadi semakin hangat menjelang PRN nanti. Persoalannya, adakah lebih banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya