PRK DUN Ayer Kuning ditetap 26 April – SPR

PRK DUN Ayer Kuning ditetap 26 April – SPR

RAMLAN Harun menunjukkan peta kawasan DUN Ayer Kuning pada sidang akhbar SPR di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 April depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula pada 12 April , manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April 2025.

“Sejumlah 31,897 pemilih terlibat membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu.

Bekas wakil rakyatnya iaitu Datuk Azman Mahalan memenangi kerusi berkenaan untuk empat penggal berturut-turut sejak 1986 hingga 2004. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya