PRK Ayer Kuning: PN fokus pengundi Melayu namun tidak abai kaum lain

PRK Ayer Kuning: PN fokus pengundi Melayu namun tidak abai kaum lain

Abd. Muhaimin Malek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TAPAH: Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas akan memberi tumpuan secara terperinci kepada pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kerana kaum itu mewakili sekitar 60 peratus jumlah undi keseluruhan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tapah, Abd. Muhaimin Malek berkata, pengundi Melayu sememangnya menjadi sasaran utama namun tidak akan sesekali meminggirkan kaum-kaum lain.

“Kita juga menumpukan pengundi baharu selain berkhidmat kepada semua bangsa tanpa mengira kaum dengan melipatkan gandakan program-program kebajikan bagi menghampiri semua pengundi.

“PN dan kebajikan berpisah tiada iaitu terus bekerja walaupun siapapun calon yang diangkat oleh Pas Pusat pada PRK itu kelak,” katanya kepada pemberita berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak, Nurhafizul Badrul Hisham.

Terdahulu, Nurhafizul membuat satu laporan polis berhubung kehilangan beras putih tempatan yang menjejaskan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu apabila tidak sedarkan diri selepas menyertai perlawanan bola sepak.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Pas sudah bertanding di kerusi tersebut sebanyak lima kali sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, namun semuanya berakhir dengan kekalahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac ini bagi menentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya