PRK Ayer Kuning: PN digesa tidak letak calon

PRK Ayer Kuning: PN digesa tidak letak calon

SUASANA pekan kecil Ayer Kuning di Tapah. - UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dituntut tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, sekiranya benar bersedia menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi respons tersebut susulan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin ba­hawa pihaknya bersedia men­jalinkan kerjasama dengan UMNO demi mencapai matlamat perjuangan politik.

Kata Mohamed Khaled, kenyataan yang dikeluarkan itu perlu selari dengan tindakan yang perlu dilakukan.

“Cakap, tindakan dan perbuatan mesti selari dan di semua peringkat.

“Jangan cakap lain tapi tindakan dan perbuatan lain. Kalau perjuangan dan wadah politik sama, PN tidak payah bertanding di PRK Ayer Kuning,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan pada 26 April ini berikutan kematian penyandang kerusi, Isham Shahruddin pada 23 Februari lalu akibat sakit jantung.

Sebelum ini, Hamzah berkata, tiada sebab bagi UMNO dan Bersatu terus berpecah jika mereka berkongsi perjuangan dan wadah politik sama.

Dalam pada itu, veteran UMNO, Datuk Mustapha Ya­akob turut mempersoal tujuan Bersatu ditubuhkan, sekali gus mendesak parti itu dibubarkan dan kembali kepada UMNO keseluruhannya.

“Kalau Hamzah tahu Bersatu berkongsi perjuangan de­ngan UMNO, maka perlu apa Bersatu ditubuhkan? Bukankah dengan penubuhan Bersatu itu menambah kepada perpecahan Melayu?

“Kalau Bersatu ikhlas mahu melihat Melayu bersatu, saya cadangkan Bersatu dibubarkan dan seluruh ahlinya kembali kepada UMNO seperti yang dilakukan Ku Li (Tengku Raza­leigh Hamzah) dengan Semangat 46,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya