PRK Ayer Kuning: BN umum calon seminggu sebelum penamaan

PRK Ayer Kuning: BN umum calon seminggu sebelum penamaan

MOHAMAD Hasan hadir menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal, asnaf, anak yatim sempena Ramadan pada majlis yang diadakan di Taman Kelab Tuanku, Seremban, hari ini. UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calon bagi mewakili parti itu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Ayer Kuning seminggu sebelum hari penamaan calon yang akan diadakan pada 12 April depan.


Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengumuman calon lebih awal yang dijangka pada 5 atau 6 April itu bertujuan membolehkan calon menyesuaikan diri lebih awal.

“Orang ramai juga boleh kenal siapa calon kita. Apabila masa selepas hari penamaan calon nanti beliau boleh terus berkempen, sekali gus menyantuni seramai mungkin pengundi iaitu  lebih kurang 31,000 pengundi di Ayer Kuning itu, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan dan Bantuan di Dewan Komuniti, Taman Kelab Tuanku, Mambau di sini hari ini.

Seramai 2,000 penerima dalam kalangan warga emas, ibu tunggal, asnaf dan anak yatim dari DUN Rantau menerima sumbangan sempena Ramadan itu.

Mohamad menambah, setakat ini Menteri Besar yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyenarai pendek calon-calon yang difikirkan layak dan boleh mewakili parti.

“Seramai enam calon daripada Pemuda UMNO turut di senarai pendek pada PRK tersebut. Pengurusan parti termasuk saya akan meneliti setiap calon yang dikemukakan.

“Kesemua mereka mempunyai kekuatan masing-masing dan kami juga akan membuat penyelidikan melalui risikan dan pandangan orang ramai,” katanya yang juga Timbalan Presiden UMNO.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan selepas kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, Ishsam yang mewakli BN menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya