PRK Ayer Kuning: BN pilih calon dikenali, diterima pengundi - Utusan Malaysia

PRK Ayer Kuning: BN pilih calon dikenali, diterima pengundi

SAARANI Mohamad menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Penjara Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Kajian lapangan secara agresif masih dilakukan bagi mengenai pasti seorang daripada enam calon tempatan yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April nanti.

Pengerusi UMNO dan BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kajian itu bersifat kritikal bagi memilih calon boleh menang pada PRK tersebut.

“Calon kita (itu) yang dikenali, boleh diterima pengundi, ada kredibiliti. Aspek akademik, pengalaman itu semua diambil kira.

“Pengundi muda 46 peratus (pada PRK itu). Selera orang muda tidak sama selera orang lama.

“Kita masih buat kajian lagi, ada enam calon dan insya-Allah kita akan dapat terbaik yang diantara baik-baik selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar Perak itu berkata sedemikian pada pemberita selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Besar Perak Darul.Ridzuan Dan Timbalan Menteri Dalam Negeri di Penjara Tapah, Tapah Road di sini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dan Pengarah Penjara Negeri Perak, Timbalan Komisioner Penjara, C. Charin Promwichit.

Pada majlis itu beliau turut memberi sumbangan naskah al-Quran kepada wakil-wakil masjid sekitar Tapah dan pemberian duit raya kepada anak yatim.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Terdapat 31,897 pengundi berdaftar pada PRK tersebut.

Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya