Prasarana sedia 4,000 kakitangan, lancarkan operasi semasa Aidilfitri

Prasarana sedia 4,000 kakitangan, lancarkan operasi semasa Aidilfitri

MOHD. Azharuddin Mat Sah menyampaikan pek raya kepada anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Prasarana di ibu negara semalam-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan lebih 4,000 kakitangannya bagi memastikan kelancaran perkhidmatan pengangkutan yang disediakan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah, pihaknya juga menetapkan jadual kakitangan yang menguruskan penyelenggaraan bahagian operasi dan keselamatan.

Katanya, hal ini penting bagi memastikan Prasarana dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna yang mencecah 1.2 juta sejak tahun lalu.

“Ada juga kakitangan yang mohon untuk bercuti tetapi dengan adanya jadual tersendiri, kami dapat menjalankan operasi seperti biasa,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama  anak-anak yatim di Rumah Kasih Nurul Hasanah di sini semalam.

Dalam pada itu, Azharuddin berkata, perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang On-Demand menggunakan van sebagai mod pengangkutan diperluaskan bagi menambah fleksibiliti pengangkutan awam.

“Inisiatif ini untuk menjadikan perkhidmatan awam mudah diakses di kawasan yang tidak menentu dan membolehkan pengguna menempah perjalanan mengikut keperluan,” katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis berkenaan turut dipersembahkan tayangan eksklusif video sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 daripada Prasarana bertajuk “Maaf”’ yang memaparkan nilai kekeluargaan antara bapa dan anak serta kepentingan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya