Polis tumpaskan sindiket campur dadah `koktail’ bernilai hampir RM7 juta

Polis tumpaskan sindiket campur dadah `koktail’ bernilai hampir RM7 juta

M. KUMAR (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas daripada dua sindiket dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan dua sindiket pembungkusan dan pengedaran campuran dadah seperti ‘koktail’ hampir RM 7 juta dalam operasi khas, baru-baru ini.

Tindakan mencampurkan beberapa jenis dadah itu dipercayai bagi memberi kesan lebih ‘kuat’ kepada penagih.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, sindiket tersebut tumpas dalam dua operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan JSJN IPD Johor Bahru Selatan di Seri Alam dan Johor Bahru pada Selasa lalu.

“Sekarang mereka (sindiket) campurkan beberapa jenis dadah, antaranya ketamin, syabu dan jadikan serbuk, dalam satu paket, beli satu paket dapat semua.

“Kami percaya hasil siasatan dan risikan mendapati memang permintaan sekarang adalah paket ini (dadah campuran), ia memudahkan sindiketi menggerakkan bahan ini tanpa disedari masyarakat dan penguat kuasa,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor, hari ini. Turut hadir, Ketua Polis Johor Bahru Selatan,  Asisten Komisioner Raub Selamat.

Kumar berkata, dalam operasi pertama, pihaknya melakukan dua serbuan di kawasan parkir sebuah kondominium dan sebuah hotel pada pukul 7.20 pagi hingga 6 petang, berjaya menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam berumur 25 hingga 29 tahun, termasuk dalang dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.56 juta.

“Modus operandi sindiket ini menjadikan kondominum berpengawal dan berpagar sebagai tempat penyimpanan dadah. Mereka telah aktif sejak Januari lalu. Kita berjaya merampas sebanyak 9.29 kilogram serbuk ekstasi, ketamin (74 gram), pil eramin 5 (90 biji), pil ekstasi (26 biji) dan 17 mililiter cecair ekstasi. Dua buah kereta, wang tunai berjumlah RM15,450 dan pelbagai barang kemas keseluruhan berjumlah RM95,490 turut disita,” katanya.

Dadah pelbagai jenis yang dibungkus dalam paket menarik dengan label minuman terkenal dijual pada harga RM250 hingga RM300 bergantung saiz paket.

Pada serbuan kedua, empat individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan dalam empat serbuan di sekitar bandar raya ini pada Selasa dan Rabu lalu.

Katanya, suspek berumur 17 dan 42 tahun ditangkap bersama-sama pelbagai dadah bernilai RM5.38 juta.

“Polis berjaya merampas 32.2 kilogram serbuk ekstasi, syabu (13.50 gram) dan pil eramin (lapan biji). Turut disita sebuah kereta dipercayai kenderaan curi, dua buah motosikal dan wang tunai bernilai RM3,659. Sindiket ini berlainan, tetapi modus operandi mereka adalah sama dengan sindiket pertama, yang telah beroperasi sejak bulan lalu. 

“Kesemua suspek dalam dua sindiket ini direman sehingga 12 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua rampasan dadah ini, sekiranya terlepas boleh digunakan seramai 138,881 penagih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya