Polis Terengganu perketat kawalan sempadan negeri 

Polis Terengganu perketat kawalan sempadan negeri 

MOHD. Khairi Khairudin (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh (kiri)  kepada Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu di Besut, Terengganu. - UTUSAN /WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Polis memperketat kawalan di laluan sempadan negeri ini bagi mengekang penyeludupan barang terlarang  termasuk mercun.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata,  Terengganu merupakan antara laluan utama penyeludup yang membawa masuk barangan terlarang seperti dadah, mercun serta rokok daripada negara jiran untuk dibawa ke selatan tanah air. 

“Kita turut menjalankan sekatan jalan raya di beberapa kawasan yang dikatakan berpotensi dijadikan sebagai laluan dan rondaan penguatkuasaan secara berkala,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Besut, di sini hari ini.

Bekas Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Besut yang baharu menggantikan Assisten Komisioner Polis, Abdul Rozak Mohamad yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Sementara itu, beliau berkata, polis menerima 516 permohonan lesen dan permit penjualan bunga api sepanjang Ramadan ini. 

“Daripada jumlah itu hanya 427 permit dan lesen yang diluluskan di seluruh negeri. Ketika Ramadan, permintaan terhadap mercun meningkat tetapi hanya bunga api dan mercun tertentu yang dibenarkan dijual dan perlu mempunyai permit,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya