Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM50,000 - Utusan Malaysia

Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM50,000

SEBAHAGIAN daripada dadah yang dirampas dalam serbuan polis di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga suspek lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Bayan Lepas di sini, semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu, pelbagai jenis dadah turut dirampas termasuk ganja, syabu, erimin 5 dan lain-lain yang dianggarkan bernilai RM57,326.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, serbuan itu dilakukan bermula pukul 2 petang semalam hingga pukul 1 pagi hari ini dan ketiga-tiga suspek yang ditangkap berusia dalam lingkungan umur antara 26 hingga 29 tahun.

“Hasil serbuan, polis merampas dadah jenis ganja seberat lima kilogram (kg) bernilai RM15,500, syabu seberat 777 gram bernilai RM25,641.

“Turut dirampas ialah pil Erimin 5 sebanyak 2,000 biji bernilai RM16,000 serta rokok yang mengandungi dadah jenis ‘mushroom’ bernilai RM175,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hamzah, selain itu, polis turut merampas dua bungkusan plastik berisi 500 mililiter (ml) cecair disyaki air ketum bernilai RM10.

“Siasatan awal mendapati, sindiket ini aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah iaitu sejak awal tahun ini dengan anggaran jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan sehingga 66,000 kali,” katanya.

Hamzah berkata, saringan awal air kencing pula mendapati, seorang suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine manakala seorang lagi mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari iaitu sehingga 17 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya