Polis tahan 14 lelaki leka berjudi dalam bengkel kereta

Polis tahan 14 lelaki leka berjudi dalam bengkel kereta

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seramai 14 lelaki warga tempatan ditahan dalam satu serbuan ketika mereka sedang leka berjudi di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti tersebut di situ.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur antara 27 hingga 57 tahun.

“Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas barang kes termasuk sebuah meja, 52 keping daun terup, tiga unit ‘walkie-talkie’ serta wang tunai berjumlah RM4,288.

“Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Abdul Rozak, kesemua 14 suspek itu kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya