Polis siasat video ‘Arun Dorasamy’ hasut masyarakat

Polis siasat video Arun Dorasamy hasut masyarakat

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap seorang individu dikenali Arun Dorasamy terhadap video dimuat naik di media sosial miliknya kerana didakwa cuba menghasut masyarakat berkaitan isu penghinaan agama. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu di Batu Kawan, Pulau Pinang semalam berkaitan video di aplikasi WhatsApp menunjukkan kenyataan lelaki itu yang didakwa berbaur hasutan dan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Katanya, selain itu video terbabit menyentuh pihak keselamatan dan Perdana Menteri.

“Individu itu mengatakan jika tiada tindakan diambil terhadap Zamri Vinoth, dia dan Persatuan Hindu Agama Ani Malaysia dan masyarakat Hindu yang lain akan turun ke jalanan. 

“Susulan itu, kita membuka kertas siasatan di bahawa Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurut Razarudin, siasatan sedang dijalankan bagi profiling dan mengenal pasti individu terbabit. 

“Sekali lagi saya tegaskan, penyebaran  isu 3R yang mempunyai niat jahat boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Elakkan penulisan status, komen, ciapan, siaran gambar, poster atau video yang dibuat tanpa memahami faktor sosial budaya dan sensitiviti kaum boleh mengakibatkan timbulnya rasa tidak senang, terhina atau tersinggung,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi sembilan minit di laman media sosial seorang lelaki dikenali Arun Dorasamy yang mengatakan Zamri Vinoth adalah Hindu murtad selain menyatakan adakah PDRM menunggu rusuhan perkauman.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN