KUALA SELANGOR: Polis mengesahkan siasatan terhadap insiden pergaduhan yang berlaku pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Kuala Selangor 2025 yang diadakan di Bestari Jaya, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut mendakwa diugut oleh seorang lelaki.
“Pengadu menyatakan menerima ugutan daripada seorang lelaki yang mengangkat parang kepada pengadu. Kemudiannya lelaki berkenaan datang ke arah pengadu dan membuat provokasi.
“Ekoran daripada laporan berkenaan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor menjalankan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan.