Polis siasat kematian Wheesung - Utusan Malaysia

Polis siasat kematian Wheesung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi dan penulis lirik veteran, Wheesung meninggal dunia semalam waktu tempatan.

Lapor Yonhap News, pihak bomba menemukan mayat selebriti berusia 43 tahun itu di kediamannya di Gwangjin-Gu, dekat sini kira-kira pukul 6.29 petang semalam.

Penemuan tersebut susulan aduan polis yang dibuat ahli keluarga mendiang sebelum ini.

Pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian mendiang mempercayai penyanyi itu telah lama meninggal dunia sebelum mayatnya ditemukan.

Polis bagaimanapun tidak menemukan sebarang unsur jenayah membabitkan kematian beliau.

Wheesung yang mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian pada tahun 2002, mencipta nama menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Can’t You (2002), Insomnia (2009) dan Even Thought Of Marriage (2010).

Mendiang lima tahun lalu dijatuhkan hukuman satu tahun penjara kerana menyalahguna propofol iaitu sejenis anastetik atau agen pembius. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya