Polis siasat insiden antara anggota DBKL, penjaja di Jalan TAR

Polis siasat insiden antara anggota DBKL, penjaja di Jalan TAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan terhadap insiden pergelutan membabitkan penjaja belon di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dekat sini dengan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hingga tular dalam media sosial. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihakya terkesan dengan satu video dimuat baik pemilik Facebook, Ratu Naga semalam.

Katanya, video terbabit memaparkan sepasukan anggota penguat kuasa DBKL sedang menyita barangan penjaja belon di tepi jalan TAR dekat sini. 

“Semasa proses penyitaan, berlaku pergelutan di antara penguat kuasa dengan penjaja tersebut.  Selain itu, terdapat beberapa penjaja tepi jalan yang lain telah membuat provokasi.

“Satu laporan polis dibuat oleh penguat kuasa tersebut hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, pihak polis akan memanggil pihak terlibat untuk diambil keterangan.

Tegasnya, pihak polis akan menjalankan siasagan dengan telus dan adil mengikut peruntukan yang ditetapkan. 

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan suasana sekitar Jalan TAR, malam tadi kecoh selepas berlaku perselisihan antara penguat kuasa dan penjual barangan tanpa lesen.

Berdasarkan dua rakaman video yang tular di media sosial sejak awal pagi tadi, berlaku tolak-menolak antara pegawai penguat kuasa DBKL berpakaian seragam dan kumpulan peniaga.

Difahamkan, kekecohan mula berlaku selepas pihak penguat kuasa mengambil tindakan merampas barang jualan dari beberapa individu termasuk penjual belon.

Ketika rampasan hendak dilakukan, penjual terbabit enggan menyerahkan puluhan belon yang dibawanya sebelum berlaku pergelutan.

Pada masa sama, beberapa individu lain juga dipercayai peniaga tanpa lesen turut menjerit supaya pihak berkuasa tidak mengasari penjual belon itu namun keadaan menjadi lebih tegang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya