Polis siasat guru lelaki ada hubungan istimewa dengan murid perempuan

Polis siasat guru lelaki ada hubungan istimewa dengan murid perempuan 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bapa mendakwa anak perempuannya berusia 12 tahun mempunyai hubungan istimewa dengan seorang guru lelaki.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis mengenai perkara itu oleh bapa kanak-kanak berkenaan pada Rabu lalu.

Beliau berkata, menurut laporan itu, guru lelaki itu mengajar di sebuah sekolah di Dengkil, di sini dan murid itu juga belajar di sekolah sama.

“Bapa kanak-kanak itu telah tampil membuat laporan apabila mendapat tahu anak sering dihubungi guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, love8 dan WhatsApp.

“Bapa kanak-kanak itu juga mendakwa kandungan yang dilihat di aplikasi itu mencurigakan dan seperti tidak menampakkan hubungan antara seorang anak murid dan guru,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya juga telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat itu.

Jelasnya lagi, kanak-kanak perempuan itu telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan namun, tiada apa-apa kecederaan dikesan.

Norhizam berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Menurutnya, mengikut Akta 792, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menimbilkan spekulasi atau menyebarkan berita dan maklumat yang tidak benar berkaitan kes ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya