Polis siap siasatan kes inspektor, anggota didakwa mencuri

Polis siap siasatan kes inspektor, anggota didakwa mencuri

DATUK RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes pegawai dan anggota yang didakwa terbabit kes curi membabitkan kerugian RM300,000 di Bukit Jalil dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan kes itu dihantar ke Bukit Aman sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini kita sudah merakam 21 keterangan daripada saksi termasuk dua suspek yang ditahan. 

“Siasatan dijalankan dengan telus dan cepat, kita ada cadangkan namun ia bergantung kepada DPP,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pegawai dan anggota yang disiasat kini ditukarkan sementara ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Jelasnya, wang tunai berjumlah RM300,000 yang didakwa dicuri masih belum ditemukan.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,”katanya.

Pada 24 Februari lalu, polis mengesahkan menahan seorang Inspektor dan koperal masing-masing berusia 44 serta 34 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes curi.  

Polis membuka kertas siasatan susulan satu laporan yang diterima berhubung kes curi membabitkan kerugian RM300,000.

Dua anggota dan pegawai polis ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya