Polis rampas syabu, ganja RM421,286 

Polis rampas syabu, ganja RM421,286 di Raub

YAHAYA Othman  menunjukkan barang rampasan dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam satu serbuan di kawasan parkir kenderaan di Jalan Pasar, Bandar Raub, di sini pada 19 Mac lalu.

Dalam operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang sekitar pukul 3.30 petang itu, seramai empat individu ditahan yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil pemeriksaan dalam dua buah kenderaan suspek iaitu Nissan Navara dan Toyota Vios menemukan sejumlah besar dadah yang dipercayai untuk diedarkan di daerah ini.

“Antara rampasan ialah dua bungkus plastik lutsinar berisi syabu seberat 5.40 gram, lima bungkus teh Cina berwarna keemasan bertanda ‘Guanyinwang’ mengandungi syabu seberat 5.3 kilogram (kg), lima bungkus plastik lutsinar berisi ketulan kristal syabu seberat 7.6 kg dan satu bungkus berwarna coklat mengandungi ganja seberat 0.5 kg.

“Jumlah keseluruhan rampasan adalah lebih 13 kg  dengan nilai pasaran dianggarkan sekitar RM421,286. Berdasarkan analisis, dadah yang dirampas ini mampu dibekalkan kepada lebih 26,000 penagih dalam masa sehari,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini, hari ini. 

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati sindiket ini telah beroperasi selama tiga bulan dan suspek mendapatkan bekalan dadah dari Lembah Klang sebelum diedarkan di sekitar negeri ini serta diseludup ke negara jiran.

Katanya, hasil siasatan mendapati salah seorang suspek lelaki tempatan berusia 45 tahun mempunyai rekod jenayah berkaitan judi dan kecurian manakala seorang lagi lelaki tempatan berusia 37 tahun pernah terlibat dalam kes di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, lelaki warga Indonesia berusia 59 tahun pula didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Suspek wanita berusia 42 tahun pula disahkan positif dadah jenis amphetamine. Wanita tersebut dipercayai isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang ditahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya