Polis rampas barang e-waste termasuk kelongsong peluru bernilai RM23.8 juta

Polis rampas barang e-waste termasuk kelongsong peluru bernilai RM23.8 juta

YUSOF Othman (kanan) ketika menunjukkan barangan rampasan pada sidang akhbar di lokasi rampasan di Jalan Lombong, Kota Tinggi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Polis berjaya merampas barangan e-waste termasuk kelongsong peluru, anak peluru serta komponen kapal terbang yang keseluruhan rampasan bernilai RM23.8 juta di sebuah kilang di Jalan Lombong, Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata berikutan rampasan itu polis turut menahan tiga warga asing iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia 20an hingga 50an dalam serbuan tersebut.

“Bertindak atas maklumat Op Lusuh pada pukul 4 petang semalam pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi menjalankan serbuan di premis kilang memproses sampah elektronik (e-waste). Dalam serbuan tersebut seorang lelaki warganegara China dan pasangan warganegara Myanmar telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di premis kilang tersebut, pihak polis telah merampas
pelbagai barangan iaitu 75 guni kompenan elektronik (46,214kg) ; 9 guni yang mengandungi aluminum dan plastik (514kg); 66 mampat kompenan elektronik (103,983kg) ; 18 mampat wayar elektrik (22,791 kg) ; 166 guni tembaga (369,954kg) ; 62 tong yang mengandungi metal scrap (29,085kg) ; 43 gelung besi.

“Turut dirampas 10 tong yang mengandungi bebola timah dan serbuk besi ; 7 tong kelongsong peluru ; 1 tong mengandungi anak peluru ; 3 buah forklift ; 1 buah kereta jenis Proton X50; 2 unit kunci mangga dan 3 unit telefon bimbit pelbagai jenama.

“Nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan RM23,800,000. Hasil semakan ujian saringan air kencing kesemua suspek didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau,” katanya pada sidang akhbar di lokasi rampasan di Jalan Lombong, Kota Tinggi hari ini.

Yusof berkata, semakan ke atas kesemua suspek juga dapati telah gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia dan melakukan kesalahan di bawah akta imigresen.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 8 Mac sehingga 11 Mac 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya