Polis rakam keterangan pekerja simbah anjing guna air panas - Utusan Malaysia

Polis rakam keterangan pekerja simbah anjing guna air panas

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis telah merakam percakapan pekerja sebuah kedai serbaneka di Jalan Besar Menglembu di sini bagi membantu siasatan kes simbah anjing menggunakan air panas seperti yang tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, proses rakaman percakapan lelaki warga asing itu dijalankan pada hari sama laporan polis dibuat Jumaat lalu.

“Siasatan kes ini sedang dilengkapkan sebelum ia dimajukan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menganiaya dan khianat terhadap haiwan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, haiwan berkenaan telah diselamatkan dan dihantar ke Klinik Veterinar untuk rawatan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan pekerja sebuah kedai serbaneka menyimbah air panas ke arah seekor anjing yang berada di pintu masuk premis.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pekerja itu yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan sekali gus meminta polis mengambil tindakan segera terhadap pelaku.

Difahamkan, pelaku terbabit merupakan pekerja warga Bangladesh dan laporan kejadian itu telah di buat di Balai Polis Menglembu.

Sementara itu, KK Super Mart dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook berkata, tindakan telah diambil terhadap pekerja terbabit di mana kontraknya ditamatkan serta-merta.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya