Polis Perak kenal pasti 64 lokasi kesesakan, kemalangan

Polis Perak kenal pasti 64 lokasi kesesakan, kemalangan

NOOR Hisam Nordin beramah mesra bersama penumpang bas pada Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PDRM Kontinjen Perak di Terminal Meru Raya, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

IPOH: Polis mengenal pasti sebanyak 43 lokasi ‘hotspot’ kesesakan dan 21 lokasi ‘blackspot’ kemalangan di negeri ini yang akan diberi lebih tumpuan pada Op Selamat ke-24 bermula hari ini sehingga 3 April depan.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, antara lokasi panas tersebut ialah di lampu isyarat Plaza Tol Slim River di Muallim, lampu isyarat Bandar Universiti di Perak Tengah, Pekan Gerik, Tol Tapah, simpang tiga lampu isyarat Plaza Tol Simpang Pulai di Ipoh dan Kilometer 15.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Kampar.

 

Katanya, pegawai dan anggota trafik akan ditempatkan di kawasan yang telah dikenal pasti bagi mempertingkatkan rondaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan melancarkan aliran trafik.

 

“Peningkatan lalu lintas dijangka berlaku hari ini sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding hari biasa dengan anggaran mencecah sebanyak tiga juta kenderaan.

 

“Antara kawasan yang dikenal pasti berlakunya kesesakan ialah di Gunung Semanggol, Kerian; Bukit Berapit, Taiping; Sungai Perak, Kuala Kangsar; Terowong Menora, Ipoh dan Simpang Pulai selain susur Gopeng, Tapah dan Muallim,” katanya pada Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kontinjen Perak 2025 di Terminal Amanjaya di Meru, di sini hari ini.

 

Menurut beliau, berdasarkan rekod, statistik kemalangan jalan raya di negeri ini ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lalu meningkat kepada 969 kes berbanding 901 kes pada tahun 2023.

 

Katanya, kemalangan maut juga menunjukkan peningkatan iaitu pada tahun lalu sebanyak 16 kes berbanding sembilan kes tahun sebelumnya.

 

“Penunggang motosikal masih menjadi penyumbang kemalangan maut di Perak dengan 11 kematian. 

 

“Kemalangan melibatkan pemandu kereta menjadi penyumbang utama kepada kadar kemalangan tertinggi di Perak dengan 1,217 kes  pada Op Selamat tahun lalu diikuti penunggang motosikal dengan 237 kes.

 

“Bagi kemalangan melibatkan kenderaan berat iaitu bas dan lori pula, sebanyak 59 kes direkodkan pada tempoh yang sama,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya