Polis Melaka rampas mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM120,000 

Polis Melaka rampas mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM120,000 

POLIS merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit yang dijual di sekitar Melaka sepanjang tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai lima individu ditahan atas kesalahan menjual mercun dan bunga api tanpa permit sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua tangkapan membabitkan lelaki berusia 35 hingga 52 tahun dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM120,000.

“Tangkapan dilakukan di pelbagai lokasi sekitar Melaka antaranya Jalan Bendahara, Taman Muhibbah Merlimau, Taman Bukit Rambai Utama dan Tanjung Minyak. Mereka menjual mercun dengan cara membuka gerai di tepi jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Dzulkhairi memaklumkan permohonan mendapatkan permit untuk menjual mercun dan bunga api sempena Aidilfitri masih dibuka.

Katanya, peniaga yang ingin menjual mercun dan bunga api perlu mendapatkan permit terlebih dahulu bagi mengelakkan tindakan diambil.

“Kami masih menerima permohonan dan jumlah permit yang diluluskan masih dalam tindakan kelulusan ketua polis daerah. Sebanyak 36 jenis bunga api jenis happy boom dibenarkan untuk dijual.

“Lokasi jualan yang dibenarkan seperti di bazar Ramadan, kawasan luar bangunan pasar raya atau pusat membeli-belah dan perniagaan runcit. 

“Tarikh dibenarkan untuk jualan mercun berlesen bermula 20 hari sebelum dan 10 hari selepas raya,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya