Polis masih kesan wanita muat naik video ibu Zayn Rayyan pimpin anak

Polis masih kesan wanita muat naik video ibu Zayn Rayyan pimpin anak

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih mengesan seorang wanita dipercayai memuat naik video dalam aplikasi WhatsApp yang memaparkan ibu anak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R, Apartment Idaman Damansara Damai di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, usaha mengesan wanita itu sedang dijalankan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, setakat ini hanya seorang sahaja yang dirakam keterangan iaitu wanita yang juga pemilik akaun TikTok.

Media semalam melaporkan polis sedang mengesan seorang wanita yang memuat naik video memaparkan ibu anak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R, Apartment Idaman Damansara Damai di dalam kumpulan WhatsApp.

Shahrulnizam dilaporkan berkata, wanita terbabit adalah individu yang memuat naik video itu di dalam kumpulan WhatsApp sebelum ia ditularkan.

Menurutnya, sementara itu, pemilik akaun media sosial yang turut memuat naik video itu baru-baru ini  sehingga tular juga sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah.

Sebelum ini polis menerima laporan daripada ibu Allahyarham Zayn Rayyan berhubung satu video memaparkan wanita itu berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R Apartment Idaman Damansara Damai dekat Petaling Jaya pada 9 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dilaporkan berkata, laporan itu diterima Balai Polis Kampung Baru Subang pada 2.43 petang.

Menurutnya, pengadu memaklumkan menerima satu pautan link video TikTok melalui aplikasi WhatsApp yang berdurasi kira-kira seminit pada 6 Mac lalu.

“Dalam pautan berkenaan terdapat rakaman video menunjukkan pengadu sedang berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anak iaitu arwah Zayn Rayyan dan Mateen menuju ke kawasan parkir motosikal Blok R apartment berkenaan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, pada 7 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pada 10 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya