Polis Marin rampas mercun RM70,000 di Perlis

Polis Marin rampas mercun RM70,000 di Perlis

KESEMUA mercun dan bunga api tanpa dokumen sah bernilai kira-kira RM70,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa dokumen sah bernilai kira-kira RM70,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Padang, Simpang Ampat, Perlis, semalam.

Dalam operasi khas bersama Balai Polis Kuala Perlis pada pukul 10 pagi, sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) Kuala Kedah/Perlis dan Task Force Balai Kuala Perlis menyerbu premis berkenaan hasil maklumat risikan.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, serbuan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang dipercayai memiliki mercun dan bunga api tanpa kelulusan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis mercun dan bunga api berada dalam premis berkenaan. Kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen yang sah berkenaan barangan tersebut.

“Kesemua mercun dan bunga api yang dirampas dianggarkan bernilai RM70,000 telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan letupan tanpa kebenaran yang sah.

“Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurin dari BSJD IPD Kangar untuk siasatan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya