Polis lelaki positif empat jenis dadah

Polis lelaki positif empat jenis dadah

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ujian saringan air kencing mendapati anggota polis lelaki yang ditahan ketika berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew di sini, Sabtu lalu positif empat jenis dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, anggota lelaki itu didapati positif methampetamine, amphetamine, ketamin dan benzodiazepine.

Katanya, seorang lagi anggota polis wanita pula positif dadah benzodiazepine

“Kesemua tangkapan termasuk dua anggota polis dibenarkan reman sehari dan telah diberi jamin polis. Bagi tangkapan warga asing dan dua individu yang memiliki dadah. kini direman dua hari (sehingga esok) ” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sabtu lalu, dua anggota polis antara 55 individu yang ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew.

Seramai 19 wanita serta 36 lelaki termasuk warga asing berusia antara 22 hingga 51 tahun ditahan. 

Polis turut merampas dadah jenis ketamin seberat 12.20 gram daripada seorang lelaki, selain pil erimin-5 seberat 0.59 gram dalam milikan seorang pengunjung wanita.

Tambah Sulizmie Affendy, siasatan awal mendapati, bekalan dadah diambil dari luar premis hiburan yang diserbu polis. 

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, keutamaan setakat ini, siasatan dijalankan terhadap dua anggota terbabit berkaitan jenayah narkotik, selain tindakan tatatertib yang sedang diambil. 

“Untuk tindakan tahan kerja, ia perlu dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum diluluskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya