Polis buru suspek bertelekung curi beg tangan jemaah

Polis buru suspek bertelekung curi beg tangan jemaah

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek lelaki memakai telekung sebelum mencuri beg tangan seorang jemaah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memakai telekung selepas dipercayai mencuri beg tangan milik seorang jemaah wanita ketika mangsa sedang sujud menunaikan solat di dalam Masjid Zaid Haritsah, Jalan Gombak, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd. Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 13 Mac lalu kira-kira pukul 8.02 pagi.

Menurutnya, kejadian berlaku pada hari sama sekitar pukul 4.15 pagi ketika pengadu yang merupakan seorang pesara kerajaan berusia 70 tahun sedang solat di masjid berkenaan.

“Suspek yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai memakai telekung dan mengambil kesempatan mencuri beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM25 selain kehilangan dokumen peribadi termasuk kad pengenalan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek giat dijalankan, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya