Polis buru dua lagi suspek samun di Sepang

Polis buru dua lagi suspek samun di Sepang

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis kini giat memburu dua lagi rakan sejenayah kepada tiga lelaki warga asing yang ditembak mati selepas bertindak menyerang anggota polis dalam kejadian di Desa Vista, Sepang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kegiatan kumpulan penjenayah terbabit yang dipercayai aktif melakukan samun dan pecah rumah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan.

“Dua lagi saki-baki penjenayah yang masih bebas sedang diburu. Kes masih dalam siasatan lanjut pihak polis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah warga asing yang identiti mereka belum dikenal pasti maut ditembak selepas menyerang anggota polis menggunakan parang ketika cuba melarikan diri.

Sebelum kejadian, pihak polis menerima maklumat daripada pemilik rumah berhubung satu kejadian pecah rumah di kawasan tersebut sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, pasukan polis berjaya mengesan tiga suspek yang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran sebuah tangki air.

“Ketika diarahkan menyerah diri, mereka bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan parang, menyebabkan tindakan melepaskan tembakan diambil bagi mempertahankan diri,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kumpulan penjenayah itu aktif melakukan jenayah sejak awal tahun ini dengan sekurang-kurangnya 17 kes pecah rumah dan samun, termasuk tiga kes sepanjang bulan Ramadan.

“Kumpulan tersebut dipercayai menggunakan modus operandi keluar masuk ke negara ini bagi melakukan jenayah sebelum pulang ke negara asal, dan kembali semula untuk meneruskan kegiatan mereka,” katanya. 

Sehubungan itu, Hussein menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lagi suspek yang masih bebas agar segera menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya