PM terima kad raya pelajar, mohon maaf tidak sempat balas semua

PM terima kad raya pelajar, mohon maaf tidak sempat balas semua

ANWAR Ibrahim ketika membawa kad Hari Raya Aidilfitri yang ditulis oleh pelajar dan guru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terharu apabila menerima kiriman kad raya kreatif daripada para pelajar sempena sambutan Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur dan gembira atas ingatan yang menceriakan sambutan Aidilfitri beliau sekeluarga.

“Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini. 

“Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini,” katanya.

Namun, Anwar turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan membalas semua kiriman yang diterima.

“Maaf saya tak dapat balas semua kiriman. Tapi saya amat hargai usaha dan budi baik anak-anak semua. Siap ada yang pesan pula, sila balas, jangan tak balas.

“Doa saya sentiasa mengiringi kalian. Semoga semuanya diberi keafiatan dan kesejahteraan, insyaAllah. Salam Aidilfitri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN