PM hadiri Majlis Berbuka Puasa Madani di Tuaran hari ini

PM hadiri Majlis Berbuka Puasa Madani di Tuaran hari ini

ANWAR Ibrahim beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, Sepang, semalam. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Padang Istiadat, Tuaran hari ini.

Majlis berbuka puasa yang bermula pukul 5 petang itu dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang dan dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama kerajaan negeri.

Anwar dijangka tiba di Sabah melalui Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira pukul 3.10 petang.

Perdana Menteri dijadualkan menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Sabah di Pejabat Daerah Tuaran pada pukul 4.15 petang sebelum bermulanya majlis berkenaan.

Beliau juga dijangka melawat Program Jualan Rahmah Madani yang diadakan di depan Dewan Seri Sulaman.

Lawatan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri ke Tuaran menjadi petanda kepada hubungan kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Lawatan kali ini amat signifikan kerana Tuaran adalah daerah kelahiran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya