PM arah KPDN pastikan Skim Harga Maksimum Aidilfitri dipatuhi

PM arah KPDN pastikan Skim Harga Maksimum Aidilfitri dipatuhi

TUNKU NASHRUL ABAIDAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diarahkan untuk memastikan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan tersebut bagi memastikan hak pengguna dijamin termasuk daripada segi kawalan harga barangan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, langkah itu penting bagi menjamin keseimbangan harga yang wajar serta mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna dan peniaga.

“Penetapan harga ini dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi kerajaan serta pemain industri.

“Perdana Menteri sendiri akan turun padang untuk meninjau harga barangan kawalan di bawah skim berkenaan bagi memastikan peraturan dipatuhi, termasuk keperluan meletakkan tanda harga,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Selain itu, katanya, Anwar turut mengarahkan KPDN dan KPKM untuk memperkukuh kerjasama serta meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan bekalan keperluan rakyat mencukupi sepanjang musim perayaan.

“Pengguna juga dinasihatkan agar melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan harga barangan sepanjang Aidilfitri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya