PM arah badan penguat kuasa ambil tindakan cepat pihak hasut isu kaum, agama

PM arah badan penguat kuasa ambil tindakan cepat pihak hasut isu kaum, agama

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua badan penguatkuasaan dan agensi keselamatan mengambil tindakan cepat, berkesan dan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut menggunakan isu perkauman atau agama.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peringatan tegas itu disampaikan Perdana Menteri ketika Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang membincangkan isu hasutan perkauman dan agama yang kini tular di media sosial.

“Semua pihak diingatkan untuk memelihara perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat, dengan memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Ini termasuk sentiasa mematuhi undang-undang negara demi kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Teras Jernang memberi amaran kepada mana-mana pimpinan parti dan masyarakat supaya tidak menunggang isu agama demi kepentingan peribadi.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mahu mana-mana pihak supaya tidak menjadikan isu agama bagi manfaat politik masing-masing.

Menurutnya, kerajaan tentunya akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina agama apatah lagi Malaysia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum.

Sebelum ini, timbul beberapa isu dan ketegangan agama dilaporkan media termasuk kes membabitkan penyampai radio dan beberapa kes serta kandungan tular mengenai penghinaan terhadap agama Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya