PKNS beri bantuan keperluan asas kepada 50 keluarga asnaf mualaf

PKNS beri bantuan keperluan asas kepada 50 keluarga asnaf mualaf

SAPNA Turmidi (kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada pengunjung Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor semalam-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Sebanyak 50 buah keluarga asnaf mualaf daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menerima sumbangan bantuan bakul makanan asas yang bernilai RM10,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat PKNS, Sapna Turmidi berkata, bantuan menerusi program Bakul Ramadan Kasih itu diberikan sebagai bahan makanan yang dapat digunakan mereka bagi menyediakan juadah bersahur dan berbuka, selain mengurangkan beban kewangan mereka dalam bulan Ramadan kali ini.

“Antara makanan asas yang diberikan dalam bakul berkenaan seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan telur. Ini adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dibuat PKNS pada tahun ini.

“Kesemua Bakul Ramadan Kasih ini diserahkan kepada wakil Perkim dengan Perkim akan memilih keluarga asnaf mualaf untuk menerima sumbangan ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Bubur Lambuk Kasih PKNS di Kompleks PKNS Shah Alam, di sini, semalam.

Untuk program agihan bubur lambuk, sebanyak 4,500 bekas bubur lambuk percuma diagihkan kepada kakitangan dan orang awam di tiga lokasi terpilih.

Bagi pengagihan di Kompleks PKNS Shah Alam, ujar Sapna, sebanyak 1,5000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang awam dan kakitangan syarikat itu.

“Lagi 3,000 bekas bubur lambuk kita akan agihkan di Evo Mall, Bandar Baru Bangi pada 12 Mac dan Datum Jelak Shopping Centre pada 20 Mac.

“PKNS memperuntukkan sejumlah RM37,000 bagi program bubur lambuk. Bubur lambuk ini kita beli dari Kampung Baru, Kuala Lumpur,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya