Pintu utama Tanah Perkuburan Islam Selat Klang  ditutup raya pertama

Pintu utama Tanah Perkuburan Islam Selat Klang  ditutup raya pertama

Abdul Hamid (tengah) sedang berucap pada Mesyuarat Penuh MBDK hari ini. ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KLANG: Bagi mengelakkan kesesakan waris yang ingin menziarahi pusara, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengumumkan bahawa pintu utama Tanah Perkuburan Islam Selat Klang akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 2 petang pada hari raya pertama Aidilfitri tahun ini.

 

Datuk Bandar Klang, Datuk Abdul Hamid Hussain, berkata pihaknya akan menyediakan perkhidmatan kenderaan transit untuk membawa pengunjung ke tanah perkuburan bagi memudahkan pergerakan.

 

“Sementara itu, sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 31 Mac ini, semua pasar awam milik MBDK akan ditutup dan akan kembali beroperasi pada hari raya kedua,” katanya dalam Mesyuarat Penuh MBDK, hari ini.

 

Dalam perkembangan lain, beliau turut menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan Bandar Diraja Klang sebagai antara bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.

 

“Klang kini sebaris dengan Ampang Jaya dan Petaling Jaya dalam kategori bandar raya paling bahagia. Tahniah kepada warga MBDK dan penduduk Klang atas kejayaan ini,” katanya.

 

Pengiktirafan itu diumumkan sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia pada 20 Mac lalu.​-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya