Peter dipenjara, parti KDM terus berjuang hadapi PRN Sabah

Peter dipenjara, parti KDM terus berjuang hadapi PRN Sabah

WETROM Bahanda (tujuh kanan) bersama pemimpin parti KDM semasa hadir ke Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan meneruskan perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda berkata, parti itu tidak akan berundur walau setapak. Perjuangan dan perancangan yang dibuat Presiden, Datuk Peter Anthony dan kepimpinan tertinggi parti akan tetap diteruskan.

“Sesungguhnya semua penyokong dan pemimpin KDM agak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini. 

“Namun, bukan bermakna perjuangan parti ini akan terhenti malah, kami bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan parti demi kesejahteraan masyarakat dan masa depan negeri Sabah. 

“Kami akan teruskan perjuangan untuk menghadapi PRN Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mesyuarat pimpinan tertinggi KDM akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju parti seterusnya.

Justeru, beliau menyarankan semua penyokong parti KDM di seluruh negeri ini supaya terus memberikan sokongan padu kepada KDM.

“Saya bersama pimpinan tertinggi dan semua pimpinan KDM di semua peringkat akan terus berjuang bersama anda semua.

“Kami sudah menempuh pelbagai rintangan termasuk apa yang berlaku pada hari ini, kami akan terus hadapi apa jua rintangan dan cabaran pada masa hadapan, demi negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Hari ini Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menolak rayuan Peter terhadap sabitan kesalahan serta hukuman yang dijatuhkan atas kesalahan memalsukan dokumen 11 tahun lalu.

Pada 26 Mei 2022, Peter didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya