Peter Anthony fail semakan, mohon ketepi sabitan dan hukuman

Peter Anthony fail semakan, mohon ketepi sabitan dan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony telah memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tuduhan memalsukan dokumen.

Permohonan semakan itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 14 Mac lalu. Sesalinan dokumen itu diperoleh media sekitar pukul 8 malam.

Peter kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 4 Mac lalu.

Menurut afidavit yang difailkan, Peter mendakwa panel tiga hakim Mahkamah Rayuan gagal mengambil kira bukti baharu yang dimasukkan sewaktu perbicaraan kes masih berjalan.

Bukti baharu itu ialah laporan polis yang dibuat oleh saksi pendakwaan ketiga yang juga rakan Peter, Mohd. Shukur Mohd Din.

Menurut afidavit tersebut, bukti baharu mampu menimbulkan keraguan munasabah sekali gus membolehkannya dibebaskan daripada sabitan salah dan hukuman penjara.

Sehubungan itu, Peter memohon agar semakannya dibenarkan dan sabitan salah serta hukumannya diketepikan.

Pada 4 Mac lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan akhirnya.

Pada 26 Mei 2022, Peter didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mahkamah Sesyen kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

Peter telah membayar denda tersebut.

Pada 18 April 2023, Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan salah tersebut dan hukuman yang dikenakan terhadapnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya