Peserta luar negara meriahkan Pelita Raya Terengganu

Peserta luar negara meriahkan Pelita Raya Terengganu

RAZALI Idris (tengah) menunjukkan poster program Pelita Raya Terengganu 2025 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan Pelita Raya Terengganu 2025 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini, dari 13 Mac hingga 16 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, pesta tersebut menjadi tumpuan termasuk pelancong kerana melibatkan penyertaan dari seluruh negeri dan luar negara.

Katanya, antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Thailand, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal.

“Tema program itu adalah ‘Membudayakan Khazanah Warisan Kita’ yang membawa maksud memulihara warisan lama dengan menjadikan sebahagian budaya daripada kehidupan moden dalam menghargai dan mempromosikan warisan budaya.

“Di samping itu, dapat memastikan ia terus kekal relevan dan memberi manfaat kepada generasi akan datang serta menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi dan memperkukuh identiti bangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Katanya, pihak penganjur juga menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM36,200 bagi pertandingan Pelita Raya melibatkan empat kategori.

“Selain itu, beberapa acara sampingan turut diadakan seperti demonstrasi makanan tradisional dan demo kraf serta permainan tradisional,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya