MUAR: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental dilaporkan hilang dari sebuah rumah penjagaan di sini, sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, warga emas itu bernama Khairul Anuar Karim, berumur 55 tahun dan alamat dalam kad pengenalannya di Taman Batang Melaka Jaya, Melaka.
“Dia berkulit sawo matang, rambut pendek putih beruban, muka bujur, berketinggian 170 sentimeter (cm) dan berat kira-kira 80 kilogram (kg). Pakaian terakhirnya, berbaju kemeja-T berkolar warna biru dan berseluar trek panjang berwarna hitam,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat menerusi talian 06-9564800 atau 06-9526001. – UTUSAN