Pertubuhan IKN kongsi rezeki lbersama Anak Yatim

Pertubuhan IKN kongsi rezeki lbersama Anak Yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Minggu terakhir Ramadan terus diserikan dengan program Majlis Berbuka Puasa bersama 30 kanak-kanak anjuran Pertubuhan Impian Kemajuan Negara (IKN).

Menurut Pengerusi IKN, Danial Rafiq, usaha tersebut adalah bagi menjalankan tanggungjawab sosial pertubuhan terhadap golongan asnaf (anak yatim).

“Kami percaya program seperti ini dapat membawa senyuman kegembiraan kepada lebih kurang 30 kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Kasih Murni, Taman Keramat.

“Malah, inisiatif ini merupakan tunggak utama daripada komitmen dan matlamat kami terhadap tanggungjawab sosial pertubuhan dan usaha untuk menyantuni golongan-golongan asnaf,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Danial turut berkata, bantuan ini perlu diteruskan bukan sahaja di bulan Ramadan, malah boleh juga pada masa akan datang mengikut kesesuaiannya.

“Kami percaya, bantuan yang diberikan kepada masyarakat adalah satu tanggungjawab penting khususnya dalam bulan yang mulia ini, namun ia perlu diteruskan pada masa akan datang mengikut keperlua,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Pengurus Rumah Anak Yatim, Rohana Ali turut berharap agar program Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebegini dapat diteruskan bagi menjalinkan hubungan kemasyarakatan pada masa akan datang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya