KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyampai stesen radio EraFM mempersendakan upacara agama menerusi media sosial. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman, di sini semalam. “Kita akan lengkapkan siasatan dan hantar ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya cecepat mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Enam kakitangan stesen radio itu dilihat keluar dari pekarangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, selepas lebih dua jam dirakam keterangan berhubung siasatan kes terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya